Selasa, 16 Oktober 2012

kembali bercacatatan

Dah lama X berblog...terasa macam nk kembali berblog...harap2 dapat la manage blog nih dengan baik...berbandaing blog2 yg sebelum nih terbengkalai...id & password dah lupa. Rasa macam nak wat mcm diary on9 lah blog kali ni. Xyah guna diari lagi (guna buku & pen) mesti dah xder punya masa untuk mencatat secara manual. 

Pada 28/08/2012 aku telah diterima masuk ke USM. Untuk pengajian jarak jarak selama 4 tahun dengan kursus Ijazah Sarjana Sastera Goegrafi. Hatiku sangat gembira tatkala diterima masuk ke menara gading. Syukur Alhamdulilah.Sememangnya aku X sangka akan di terima masuk ke Universiti tersebut walaupon dengan panggilan kedua. Hanya berbekalkan sijil SPM yang hanya lulus dan cukup makan sahaja serta pengalaman kerja melebihi 5 tahun. Impian menjadi nyata ku ingat hanya mimpi dapat menjejak kaki ke menara gading.


Bermula pada 21/09/2012 hari Jumaat aku bersama rakan baik (Diana) membawa aku ke USM Pulau Pinang untuk membuat pendaftaran. Hanya aku sahaja calon pelajar paling lewat mendaftar dan telah terlepas beberapa kelas on9. Disaat mendaftar pada ketika ini juga berlansung majlis konvokasyen bagi pelajar lepasan Diploma Perubatan. Sangat seronok tengok mereka memegang skrol masing2. Terasa macam diri pon terlibat dengan konvokesyen tu hihihi....bermimpi sekejap...


Berita gembira ini aku sampaikan juga pada ibuku...tp aku terasa sedikit kecil hati dengan kata-kata ibuku seolah2 tidak menyukai aku sambung belajar...katanya aku dah tua Xperlu lagi belajar...siapa akan bayar yuran pengajian? Bila masa pula aku nak mengulangkaji pelajaran? kalau boleh dia nak aku berumahtangga sahaja. *sangat sedih! Apa2pon aku anggap kata2 ibuku sebagai pembakar semangat untuk aku buktikan akan berjaya. InsyaALLAH. Berita ini ku sampaikan juga pada bapakku beliau sangat supportive...gembira dengan tawaran aku diterima masuk Universiti. Kelukaan ku sedikit terubat dengan kata2 semangat dari bapakku.


Seharian juga membuat proses pendaftaran ni. kesana kesini...kehulu kehilir...Duit juga menjadi masalah sebab hanya sempat simpan RM500 aje...sedangkan yuran perlu dibayar RM1541.00 tunai. Nasib baik juga pihak USM membenarkan membuat bayaran yuran 2 kali.


Pelbagai rintangan dan ujian juga aku terpaksa tempuhi untuk proses belajar ni. Bukan lah mudah bagiku yg serba lemah ini. Xku sangka rupa2nya aku belajar dikalangan orang2 yg hebat seperti guru & pegawai kerajaan yg lebih berusi dari aku. mereka juga tidak sombong serta ramah...aku harap mereka akan memberi tunjuk ajar kepadaku.


Kini aku sedang giat & tekun mempelajari ilmu2 yg diberikan. Cuma aku mempunyai masalah untuk mengingati apa yg dibaca dan mudah diserang sakit kepala. Perkara ini sangatlah mengecewakan aku. Sedangkan aku sangat berminat dan suka untuk belajar. Aku harap penyakit sakit kepala aku ni akan sembuh secepat yang mungkin. Semoga aku sentiasa mendapat dari ALLAH s.w.t...